Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

Kisah komunis dari orang yang hidup zaman komunis melawan tentera jepun



Mohd Yatim Bin Ayob, 83 tahun akui perjuangan Kemerdekaan adalah hasil dari Semangat Komunisme oleh Chin Peng & Kawan-kawan, satu revolusi 48 bukan Tunku Abdul Rahman. Mereka wujud sebelum UMNO yang diangkat penjajah, satu-satunya parti yang tidak diharamkan British selepas peperangan terhadap Jepun. Bahkan merekalah yang bertanggungjawab membanteras Tali Barut penjajah Jepun & British. Tali barut ini juga terdapat dalam golongan orang-orang melayu terdahulu yg 'mencari makan', ini termasuklah datuk kepada Cikgu Nooraini Hassan Ketua Wanita UMNO cawangan Telaga Nenas Kg bharu dan beberapa generasi kampung sekitar Pasir Panjang, Kg Bharu dan Sitiawan yang masih dalam ingatannya. Beliau menyanggah tanggapan masyarakat pada hari ini Komunis tidak beragama dan ganas yang diputarbelitkan oleh penjajah dan diteruskan oleh UMNO.





Penjajah British berpangkat besar Malaysia yang dibunuh oleh komunis

Tunku Abdul Razak mengadakan pertemuan secara diplomasi dengan komunis dari negeri china

Chin Peng (Ketua Gerakkan Komunis Malaya) (Meninggal pada 16/9/2013)